Powered By Blogger

Isnin, 1 September 2008

Pengenalan Madrasah Khairiah Islamiah



PENGENALAN Madrasah Khairiah Islamiah merupakan sebuah institusi pendidikan Menengah Agama Rakyat. Penubuhannya lebih kurang 44 tahun lalu. Ia diasaskan pada tahun 1933M oleh Tuan Haji Hussin bin Haji Mohd. Nasir (1863M-1935M) Setelah beliau meninggal dunia, jawatan mudir diambil alih oleh anak beliau Tuan Hj. Ahmad. Sekolah ini didirikan di tanah wakafnya sendiri seluas satu ekar di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.




TUJUAN DI TUBUHKAN.


Madrasah ini ditubuhkan untuk mendidik dan menanamkan semangat kasihkan agama,bangsa dan tanahair di kalangan anak bangsa serta sebagai pusat pendidikan Islam di tanahair.Kelahiran madrasah ini adalah di atas kesedaran dan semangat rakyat.

PENTADBIRAN DAN PERJALANAN MADRASAH


Pentadbiran madrasah adalah di bawah Lembaga Pentadbir dan Guru-Guru. Fungsi utama Lembaga ini adalah untuk menentukan dan melicinkan perjalanan pentadbiran dan pelajaran Madrasah.Ahli-ahli Lembaga Madrasah terdiri daripada intelek Islam dan ulama'-ulama'. Tenaga pengajar madrasah ini terdiri daripada lepasan Universiti Timur Tengah dan tempatan serta lulusan Shahadah, STPM dan lain-lain. Jumlah tenaga pengajar di sini berjumlah 30 orang.Perjalanan sekolah lebih kepada bantuan dan sokongan derma khairat serta wakaf daripada orang ramai dan bekas pelajar. Kerajaan pusat dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang juga merupakan antara penyumbang kepada ekonomi madrasah.

Penggal persekolahan bermula setiap awal tahun bermula dari bulan Januari hingga pertengahan bulan November. Di tahun 50an, penggal pengajian adalah sebanyak 3 penggal. Penggal pengajian sekarang hanya sebanyak 2 penggal. Ketika di era 50an, madrasah bercuti selama sebulan ketika bulan Ramadhan. Di era baru ini, cuti sebulan di bulan Ramadhan telah dimansuhkan.


Penubuhannya lebih kurang 44 tahun lalu. Ia diasaskan pada tahun 1933M oleh Tuan Haji Hussin bin Haji Mohd. Nasir (1863M-1935M) Setelah beliau meninggal dunia, jawatan mudir diambil alih oleh anak beliau Tuan Hj. Ahmad. Sekolah ini didirikan di tanah wakafnya sendiri seluas satu ekar di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. read more

Tiada ulasan: