Powered By Blogger

Isnin, 8 September 2008

SEKITAR BILANGAN TAKBIR SEMBAHYANG JENAZAH

Bilangan takbir dalam sembahyang jenazah adalah empat takbir ini berdasarkan hadith yang disebut dalam Lulu' wa al-Marjan. Imam Bukhari telah membuat satu bab "TAKBIR DALAM SOLAT JENAZAH"

gambar hiasan lihat

Antara hadith yang dikemukakan oleh Imam al-Bukhari:

Abu Hurairah berkata: ketika Rasulullah s.a.w. mendapat berita kematian Najasyi (raja Habsyah) pada hari kematiannya maka beliau keluar ke Mushalla dan membaris sahabat lalu takbir menyembahyangkan mayat itu empat kali takbir. Hadith Muttafaq alaih no. 555
Jabir berkata: Nabi s.a.w. ketika menyembahyangkan raja Ashmah al-Najasyi bertakbir empat takbir. Hadith Muttafaq alaih no. 557

Imam al-Syaukani menyebut beberapa hadith dan pendapat, antara lain diturunkan riwayat dibawah:

Dari Abd Rahman bin Abi Laila katanya adalah Zaid bin Arqam bertakbir terhadap jenazah yang mati dikalangan kami empat takbir, (ketika lain) ia bertakbir lima kali maka saya tanyakannya maka katanya Rasulullah bertakbir lima kali. (riwayat jamaah kecuali al-Bukhari)

Diriwayatkan dari Ibn Abd al-Bar di dalam al-Istizkar dari Abu Bakar bin Sulaiman bin Abu Hathmah dari bapanya "adalah nabi bertakbir sembahyang jenazah, empat kali, lima kali, tujuh kali, dan lapan kali sehingga apabila Raja Najasyi meninggal maka Nabi sembahyang empat takbir dan Nabi tetap sembahyang dengan empat takbir sehingga (baginda) mati.

Pendapat yang mengatakan sembahyang Jenazah dengan empat takbir adalah pendapat jumhur ulama, berkata al-Tarmizi: sembahyang jenazah dengan empat takbir adalah amalan sebahagian besar ahl ilmi di kalangan sahabat Nabi dan selainnya, pendapat ini adalah pendapat Sufyan Thauri, Malik bin Anas, Abdullah bin Mubarak, al-Syafie, Ahmad dan Ishak.

kesimpulan pendapat imam empat takbir sembahyang mayat adalah empat takbir dan ianya adalah pendapat jumhur ulama.lanjut

Tiada ulasan: